Isnin, Mac 29, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H / 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

1431H / 2010

ANJURAN BERSAMA

SURAU EHSAN , UMNO BAHAGIAN GELANG PATAH ,

KRT , CP JALAN PERUBATAN

Dengan izinNya , SURAU EHSAN Jalan Perubatan akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1431H dengan anjuran bersama UMNO Bahagian Gelang Patah , KRT (Kawasan Rukun Tetangga) , CP (Community Policing) Jalan Perubatan pada 26 RABIULAKHIR 1431 bersamaan 10 APRIL 2010 . Sambutan yang bermatlamat mengeratkan silaturahim antara semua penduduk Islam sambil memperingati kelahiran dan sirah perjuangan Rasullulah SAW ini turut diserikan dengan pelbagai acara menarik .

Pihak AJK Sambutan Maulidur Rasul 1431H juga sedang mengadakan pungutan derma Maulidur Rasul melalui Ketua Jalan dan AJK yang dilantik . Kebenaran dari Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru telah diperolehi menerusi Surat Kebenaran PADJB/UUS/07/02/2010 (141) .

Kepada kariah yang ingin mengadakan Aqiqah , menderma dalam bentuk barangan , sila berhubung terus dengan Pengerusi Surau Ehsan .

AJK Sambutan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang dermawan dan semua yang membantu dalam menjayakan sambutan kali ini , semoga Allah SWT memberkati dan memperolehi keredhaan dariNya di atas segala usaha yang kita lakukan ... Amin ... Inshaallah .

“Telah kami ciptakan untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik..”(Al Ahzab:21).

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya." riwayat Imam Muslim dan Abu Hurairah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan