Isnin, Mac 29, 2010

ACARA – ACARA YANG DIANJURKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H / 2010

GOTONG ROYONG @ SURAU EHSAN Sabtu – 3/4/ 2010 @ 8am ~ 1pm Kawasan Surau Ehsan Urusetia Kebersihan dan Urusetia Peralatan dan Khemah

PERTANDINGAN FUTSAL RAKAN MUDA / TERBUKA Ahad – 4/4/ 2010 @ 8am ~ 1pm Gelanggang Taman Permainan Kanak-Kanak Jalan Perubatan Urusetia Sukan (Pertandingan ) – En Zakaria

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW Sabtu – 3/4/ 2010 @ 9pm ~ 11pm Gelanggang Taman Permainan Kanak-Kanak Jalan Perubatan Urusetia Sukan (Pertandingan ) – En Zakaria

PERTANDINGAN BOLA JARING WANITA Ahad – 4/4/ 2010 @ 8am ~ 1pm Gelanggang Bola Jaring Balai KRT Jalan Perubatan Urusetia Sukan (Pertandingan ) – Pn Azizah

PERTANDINGAN AZAN RAKAN MUDA Sabtu – 10/4/ 2010 @ 8am ~ 1pm Pentas Utama Surau Ehsan Urusetia Persembahan – Imam Sulaiman

TILAWAH MUQADDAM KANAK - KANAK Sabtu – 10/4/ 2010 @ 8am ~ 1pm Pentas Utama Surau Ehsan Urusetia Persembahan – Imam Sulaiman

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK - KANAK Sabtu – 10/4/ 2010 @ 8am ~ 1pm Balai Serbaguna Surau Ehsan Urusetia Persembahan – Imam Sulaiman

PERTANDINGAN LIPATAN KAIN BATIK Sabtu – 10/4/ 2010 @ 2pm ~ 4pm Balai Serbaguna Surau Ehsan Urusetia Hal Ehwal Muslimah – Pn Nora

PERTANDINGAN MEMASAK NASI GORENG BERANEKA Sabtu – 10/4/ 2010 @ 2pm ~ 4pm Urusetia Hal Ehwal Muslimah – Pn Nora


MODUL KELUARGA SAKINAHSabtu – 10/4/ 2010 @ 4pm ~ 6pm Urusetia Hal Ehwal Muslimah – Pn Rohani

CERAMAH MAULIDUR RASUL Sabtu – 10/4/ 2010 @ 8:45pm Pentas Utama Surau Ehsan Ustaz Khairul Napisham Bin Abd Razak (Politeknik Shah Alam)

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H / 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

1431H / 2010

ANJURAN BERSAMA

SURAU EHSAN , UMNO BAHAGIAN GELANG PATAH ,

KRT , CP JALAN PERUBATAN

Dengan izinNya , SURAU EHSAN Jalan Perubatan akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1431H dengan anjuran bersama UMNO Bahagian Gelang Patah , KRT (Kawasan Rukun Tetangga) , CP (Community Policing) Jalan Perubatan pada 26 RABIULAKHIR 1431 bersamaan 10 APRIL 2010 . Sambutan yang bermatlamat mengeratkan silaturahim antara semua penduduk Islam sambil memperingati kelahiran dan sirah perjuangan Rasullulah SAW ini turut diserikan dengan pelbagai acara menarik .

Pihak AJK Sambutan Maulidur Rasul 1431H juga sedang mengadakan pungutan derma Maulidur Rasul melalui Ketua Jalan dan AJK yang dilantik . Kebenaran dari Pejabat Agama Islam Daerah Johor Bahru telah diperolehi menerusi Surat Kebenaran PADJB/UUS/07/02/2010 (141) .

Kepada kariah yang ingin mengadakan Aqiqah , menderma dalam bentuk barangan , sila berhubung terus dengan Pengerusi Surau Ehsan .

AJK Sambutan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang dermawan dan semua yang membantu dalam menjayakan sambutan kali ini , semoga Allah SWT memberkati dan memperolehi keredhaan dariNya di atas segala usaha yang kita lakukan ... Amin ... Inshaallah .

“Telah kami ciptakan untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik..”(Al Ahzab:21).

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya." riwayat Imam Muslim dan Abu Hurairah.

Ahad, Disember 27, 2009

کلس مقدم KELAS MUQADDAM @ SURAU EHSAN

کلس مقدم KELAS MUQADDAM

@ SURAU EHSAN

PERCUMA

BERMULA 30 DISEMBER 2009 / 13 MUHARAM 1431H

HARI RABU MALAM KHAMIS

SETIAP MINGGU

SELEPAS SOLAT MAGHRIB

untuk kanak-kanak

dibawah bimbingan

USTAZ MOHD ZAKI BIN MOHD OTHMAN

(012-7894797)