Ahad, Ogos 23, 2009

Berbuka Puasa dengan Juadah Bubur Lambuk Surau Ehsan

Iftar (Arab: إفطار), merujuk kepada makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Umat Islam digalakkan iftar dengan buah kurma atau makanan manis lain.Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang amat masyhur pada bulan puasa di Malaysia. Ia biasanya dimasak secara bergotong-royong di masjid-masjid atau
di surau-surau untuk diagih-agihkan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa.
Pada tahun ini , dengan izin ALLAH SWT , pada 2 Ramadhan 1430H / 23 Ogos 2009 , pihak Surau Ehsan menyediakan juadah ini untuk masyarakat setempat . Sekiranya ada pihak yang ingin menyumbang tenaga , wang ringgit , beras , barang keperluan dll , pihak Surau Ehsan amat berbesar hati ... Dengan sumbangan ini , dapatlah kiranya dijadikan juadah bubur lambuk untuk dinikmati bersama ketika berbuka puasa ... Alhamdullilah .. Syukur kepada ALLAH SWT di atas rezeki yang diberikanNya ....

































Ahad, Ogos 16, 2009

مجليس تهليل ، باچان سوره يسٓ دان کندوري

Surau Ehsan bersama-sama penduduk Islam Jalan Perubatan telah mengadakan majlis tahlil dan bacaan Surah Yassin....

Tahlil adalah bacaan kalimat tauhid: Lā illaha ilallah (Tiada tuhan selain Allah). Merupakan zikir yang dilakukan oleh umat Islam. Zikir ini dianggap memiliki nilai yang terbesar dan mempunyai banyak keutamaan.Definisi ini dinyatakan oleh Al-Lais dalam kitab “Lisan Al-Arab”.
Dalam kitab yang sama, Az-Zuhri menyatakan,
maksud tahlil adalah meninggikan suara ketika menyebut kalimah syahadah[1]. Adapun makna tahlil mengikut pandangan masyarakat melayu
adalah “amalan menyebut kalimah syahadah.
Ianya dilakukan sebelum dari berdoa, dan kebiasaannya diamalkan
selepas dari kematian atau untuk kesyukuran”

Surah Yaasin (سورة يس) adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yaasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya - sin. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

Bacaan surah ini juga mengingati kita sesungguhnya setiap yang hidup akan mati .Surah ini mempunyai kedudukan tersendiri dalam tradisi kehidupan sebahagian umat Islam. Meskipun keabsahan tradisi tersebut diperdebatkan (khilaf), surah yaasin ini sering dibaca pada waktu-waktu tertentu seperti ketika seseorang sedang menghadapi sakratul maut, malam Jumaat, malam Nisfu Sya'ban, tahlil, dan lain sebagainya.






“ Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara,

1) sedekah jariyah (wakaf),
2) ilmu yang bermanfaat, dan
3) anak soleh dan solehah yang berdoa kepadanya. ”
(HR Muslim).

Ahad, Ogos 09, 2009

Johor tetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini iaitu RM5 atau RM7.50 seorang berbanding RM6.50 seorang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kadar itu ditetapkan mengikut harga pasaran semasa bagi dua jenis beras seperti yang ditetapkan dalam hukum syarak.

''Bayaran boleh dibuat mengikut kesedaran sendiri iaitu bagi mereka yang memakan beras biasa maka bayaran zakat fitrah ialah RM5 seorang, manakala bagi mereka yang memakan beras mahal maka dikehendaki membayar RM7.50 seorang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Memartabatkan Ummah MAINJ bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Johor di Hotel Grand Paragon, di sini hari ini.

Turut hadir Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsudin; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Datuk Abdul Rahman Jaffar dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Pada majlis itu, MAINJ turut menandatangani memorandum perjanjian persefahaman dengan PPZ bagi membolehkan sistem berkomputer MAIWP diguna pakai oleh MAINJ untuk meningkatkan sistem penyampaian MAINJ.

Zainal Abidin berkata, tahun ini bukan pertama kali Johor menetapkan dua kadar bayaran bagi zakat fitrah kerana ia pernah dilaksanakan suatu ketika dahulu.

Justeru, katanya, pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM11 juta daripada kira-kira 1.7 juta pembayar.

Menurutnya, jumlah sasaran berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM8.4 juta bagi kutipan zakat fitrah.

Sementara itu, beliau berkata, MAINJ menyasarkan pungutan zakat RM110 juta melalui pelbagai jenis zakat termasuk pendapatan, perniagaan, harta dan fitrah bagi tahun ini.

''Jumlah punggutan zakat pendapatan negeri ini adalah sebanyak RM27.7 juta dengan pembayaran zakat melalui potongan gaji atau skim infaq sebanyak RM18.2 juta dengan penyertaan 29,467 pembayar," jelasnya.

Menurutnya, daripada jumlah potongan gaji tersebut RM9.7 juta adalah kakitangan kerajaan dan badan berkanun, kakitangan swasta (RM8.2 juta), pihak berkuasa tempatan (RM219 juta) dan kakitangan Persekutuan (6.5 juta).

Katanya, sebanyak RM252,000 daripada jumlah pungutan zakat kakitangan Persekutuan adalah daripada anggota polis Johor membabitkan 1,345 pembayar.

http://www.maij.gov.my/utama.htm

Khamis, Ogos 06, 2009

Hadith Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi ??

Soalan: Saya keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan oleh media kita apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya?

Jawapan: Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)
Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa hendaklah berhati-hati agar tidak menjadi agen penyebaran hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

http://drmaza.com/home/?p=689

Sabtu, Ogos 01, 2009

Bengkel Pengurusan Jenazah

18 Syaaban 1430 / 9 Ogos 2009
DEWAN AL -GHAZALI , PUSAT ISLAM UTM
8 pagi hingga 3 petang
terbuka kepada semua muslimin dan muslimat
tarikh tutup penyertaan sebelum 6 Ogos 2009 .

***
Urusetia , Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia , Skudai , Johor .