CERAMAH/KULIAH IBADAH QURBAN
Ustaz Nazri Bin Selamat (Jabatan Agama Negeri Johor)
Selepas Solat Maghrib
RABU 2 ZULHIJJAH 1430H / 18 NOVEMBER 2009
"Maka bersenbahyanglah kamu untuk Tuhanmu , dan sembelihlah korban". Al-Kausar :- 2
"Dan baca olehmu untuk mereka khabar berita , dikala anak Adam itu mempersembahkan korbannya maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya serta menolak korban yang seorang lagi" Al-Maidah :- 27
"Sesiapa yang ada kemampuan untuk melakukan korban, akan tetapi tidak melakukannya, maka jangan dia hadir ke tempat sembahyang kami." (Hasan. Al-Albani di dalam Sahih al-Targhib, Hadith dari Abu Hurairah)
"Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1961
_